Tuesday, October 26, 2010

Pembelajaran Akses Kendiri Tajuk 8

 PENILAIAN MELALUI PROJEK

PENGENALAN
 
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.  Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. 

TUJUAN
 
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

      1.      Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab 
      2.      Memberi kebebasan kepada pelajar untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi 
      3.      Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di  luar bilik darjah
      4.      Memotivasikan pelajar untuk belajar
      5.      Memberi peluang pelajar memainkan  peranan sebagai pemimpin
      6.      Membenarkan pelajar menentukan peranan 
      7.      Membolehkan pelajar yang mempunyai  minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan    mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek
      
Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan  strategi

Langkah 4 : Memproses  Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek  


No comments:

Post a Comment